Tuesday, December 18, 2012

Faktor Bahasa Menyebabkan Yuran Ustaz Rendah

Pada masa ini golongan agama banyak diundang ke kementerian dan jabatan kerajaan bagi memberikan ceramah kesedaran dan motivasi kepada staf.

Yuran ceramah motivasi agama adalah rendah. Manakala yuran motivator profesional adalah tinggi. 

Situasi ini dapat diperbaiki supaya golongan agama dapat menikmati yuran yang lebih tinggi.

Salah satu faktor kejayaan dalam bisnes training adalah faktor bahasa. Tiap-tiap profesion mempunyai gaya bahasa masing-masing. 

Sesama doktor, mereka bercakap menggunakan jargon laras bahasa perubatan. Sesama ustaz mereka bercakap menggunakan jargon laras bahasa agama.

Trainer ataupun jurulatih yang mahu mengendalikan sesi training kepada pelanggan korporat perlu bercakap menggunakan laras bahasa korporat.

Apabila seseorang ustaz bercakap kepada orang korporat dengan menggunakan laras bahasa korporat barulah orang koorporat itu percaya si ustaz banyak membaca buku-buku bidang korporat.

Dengan persepsi positif itu barulah orang korporat mahu membayar yuran training kepada si ustaz. Jika tidak, si ustaz akan dibayar dengan kadar yuran ceramah agama sahaja.


.

No comments:

Post a Comment