Thursday, January 3, 2013

Latihan Teknik Memberi Nasihat


Dalam amalan lazim, ketua-ketua percaya bahawa salah satu tugas yang mereka perlu jalankan adalah memberi nasihat kepada orang bawahan, khususnya kepada mereka yang melakukan kesalahan, ataupun yang prestasinya rendah.

Suatu perkara yang menarik adalah Nabi Muhammad tidak menggunakan nasihat apabila beliau mendorong perubahan tingkah laku daripada akhlak yang buruk kepada akhlak yang baik.

Sebaliknya beliau menerangkan peraturan sebagai nasihat.


.   

Menjual Perkhidmatan Latihan


Strategi 'value-based selling' dicipta khusus bagi menjual produk yang harganya tinggi. Modul training adalah contoh produk seperti itu.

Strategi 'value-based selling' adalah cara bagaimana kita mewajarkan harga yang tinggi itu.

Pelanggan perlu yakin bahawa harga yang tinggi itu sebenarnya adalah harga yang berpatutan dengan nilai yang akan diperolehinya.


Membina Pasukan Teknik NABI



Nabi Muhammad mencipta kejayaan demi kejayaan dengan menggunakan sistem pasukan. 

Rekod-rekod sejarah menunjukkan Nabi Muhammad mempunyai 5 pasukan atau tim:

1. Tim Arqam
2. Tim Muhajirin
3. Tim Ansar
4. Tim Badar
5. Tim Bait

Teknik Menulis Objektif Modul Latihan

Banyak trainer tidak mempunyai skill menuliskan dengan betul objektif modul latihan yang mereka tawarkan.

Pengurus-pengurus pusat latihan korporat akan serta-merta tahu sama ada trainer itu seorang trainer profesional ataupun bukan hanya dengan membaca senarai objektif modulnya.

Objektif modul latihan wajiblah dalam bentuk 'outcome' yang dapat dilihat dan dapat diukur.

Sebagai contoh:

+ Melatih peserta belajar menggunakan analisis SWAT. (BETUL)
+ Melatih peserta menjadi anak soleh. (SALAH)


.

Sunday, December 30, 2012

Siri Tazkirah Pengurusan Teknik NABI


Anggota Tim Pengkaji Hadith Psikologi bersedia menyampaikan tazkirah ke surau dan masjid di Lembah kelang.

Tujuan tazkirah adalah bagi memperkenalkan hasil kajian Tim supaya teknik-teknik psikologi Nabi dapat disampaikan kepada masyarakat. 

Hubungi:

Tuan Syed Faiz 019 9432023

Tuan Yusry Yusopp 017 339 6166

Sunday, December 23, 2012

Modul Latihan Meningkatkan Produkiviti Teknik NABI



Nabi Muhammad berjaya mendorong pengikut-pengikutnya menjadi individu-individu yang sangat produktif. 

Mereka tidak membuang masa. Mereka sentiasa melakukan kerja-kerja yang baik untuk diri mereka dan untuk masyarakat.

Mereka juga mempunyai semangat sukarela yang sangat tinggi. 


.

Saturday, December 22, 2012

Keliru antara Training dan Speaking

Banyak penceramah berjaya dipanggil oleh pelanggan mereka supaya menjalankan program training. Namun, selepas satu kali, mereka tidak dipanggil lagi.

Ada 2 industri yang sangat berbeza produknya dan pelanggannya:
 

Industri training 

Pelanggan korporat membeli modul training.

Dalam industri inilah para trainer profesional berkecimpung. Mereka memindahkan kemahiran yang mereka miliki kepada para trainee mereka.

Matlamat training adalah memberikan kemahiran melakukan sesuatu pekerjaan kepada peserta program training itu.

Industri speaking

Pelanggan korporat tidak membeli ceramah-ceramah.

Dalam industri inilah para speaker berkecimpung. Mereka menyampaikan ceramah, kuliah, dan tazkirah.  

Matlamat ceramah adalah memberi kesedaran atau awareness.   


.

Thursday, December 20, 2012

Faktor Bahasa Menyebabkan Jurulatih Dibayar Yuran Training Rendah

Bercakap dengan menggunakan laras bahasa tinggi menjadikan seseorang itu dipersepsi sebagai karismatik, berilmu, berkelulusan tinggi, profesional, berbudaya halus, bijaksana dan boleh dipercayai cakapnya.

Gaya laras bahasa rendah yang digunakan oleh trainer apabila dia bercakap kepada pelanggan adalah salah satu faktor yang menyebabkan yuran trainingnya boleh jatuh.

Dengan bercakap menggunakan laras bahasa rendah, si trainer dipersepsi sebagai orang yang tidak mempunyai banyak ilmu, tidak banyak membaca, tidak mengamalkan disiplin kerja yang ketat.

Ciri-ciri laras bahasa rendah:

1. Bahasa bercampur-campur

2. Nahu yang salah
3. Ayat-ayat yang patah-patah, tergantung-gantung
4. Istilah tidak tepat
5. Sebutan tidak jelas
6. Tidak fasih
7. Basa-basi yang tidak betul

Semakin banyak trainer melakukan kesilapan di atas semakin dia dipersepsi sebagai tidak layak dibayar mahal.

      

Wednesday, December 19, 2012

Cross-selling dalam Bisnes Latihan

Jika kita mahu survive dalam bisnes training, kita mesti mengamalkan strategi cross-selling.

Salah satu punca bisnes seseorang trainer itu jatuh disebabkan pelanggannya tidak puas hati dengan kualiti modul yang dijalankannya adalah berpunca daripada sikap tamak.

Katakanlah, kita mempunyai kepakaran mengendalikan kursus menjalankan mesyuarat yang efektif. Pelanggan kita puas hati dengan hasil kursus yang kita jalankan.

Kemudian pelanggan yang sama meminta modul kursus pemikiran kreatif. Modul itu bukan dalam kepakaran kita.

Tetapi kita tamak duit. Kita pun ambil job itu, lalu tanpa memiliki kepakaran kita pun menghantar proposal yang kita ciplak. Proposal itu diterima oleh pelanggan.

Apabila tiba masanya kepada mengendalikan kursus peserta berasa tidak puas hati dengan mutu kursus, lalu mereka merakamkan perasaan tidak puas hati itu dalam borang penilaian.




Tuesday, December 18, 2012

Faktor Bahasa Menyebabkan Yuran Ustaz Rendah

Pada masa ini golongan agama banyak diundang ke kementerian dan jabatan kerajaan bagi memberikan ceramah kesedaran dan motivasi kepada staf.

Yuran ceramah motivasi agama adalah rendah. Manakala yuran motivator profesional adalah tinggi. 

Situasi ini dapat diperbaiki supaya golongan agama dapat menikmati yuran yang lebih tinggi.

Salah satu faktor kejayaan dalam bisnes training adalah faktor bahasa. Tiap-tiap profesion mempunyai gaya bahasa masing-masing. 

Sesama doktor, mereka bercakap menggunakan jargon laras bahasa perubatan. Sesama ustaz mereka bercakap menggunakan jargon laras bahasa agama.

Trainer ataupun jurulatih yang mahu mengendalikan sesi training kepada pelanggan korporat perlu bercakap menggunakan laras bahasa korporat.

Apabila seseorang ustaz bercakap kepada orang korporat dengan menggunakan laras bahasa korporat barulah orang koorporat itu percaya si ustaz banyak membaca buku-buku bidang korporat.

Dengan persepsi positif itu barulah orang korporat mahu membayar yuran training kepada si ustaz. Jika tidak, si ustaz akan dibayar dengan kadar yuran ceramah agama sahaja.


.

Sunday, December 16, 2012

Perlukah Trainer Muncul di Televisyen?

Pada masa ini masih banyak yang menyangka orang bisnes patut menjadikan dirinya popular di dalam media massa seperti televisyen, radio, akhbar dan majalah. 

Dalam bisnes training, trainer tidak perlu muncul di skrin televisyen bagi mengiklankan bisnes taringnya.

Tidak ada jaminan trainer yang mencari publisiti dalam media akan dapat meningkatkan permintaan pelanggan bagi modulnya.

Pelanggan bisnes training adalah kementerian, jabatan, korporat dan syarikat. Hanya mereka sahaja yang perlu tahu kewujudan syarikat training dan modul yang ditawarkan. 

Pelanggan korporat mengambil trainer-trainer yang tidak pernah muncul dalam media, namun brand trainer-trainer itu terkenal dalam kalangan pengurus-pengurus jabatan latihan.

.